Tarikh: 26-12-2009
Tajuk: Menemani Saudara Adli Dahalan ke Wang Angin.
Setelah kami (TRM) menemani Adli ke Gunung Jerai Kelmarin, hari ini kami berkesempatan menemani Saudara Adli Dahalan ke Wang Angin. Cadangan awalnya nak bawak Adli ke Wang Panjang setelah selesai kayuhan di Wang Angin, namun disebabkan banyak kekangan masa dan kerja lain maka niat utk ke Wang Panjang terpaksa ditunda ke tarikh yang lain, Insya Allah.
WANG ANGIN BERSAMA ADLI DAHALAN
GUNUNG JERAI BERSAMA OTAI-OTAI
Tarikh: 25-12-09
Tajuk: Kerabat Gunung Jerai Bersama Otai Otai
Sekembalinya Zankx dan Man MPK dari KL, depa mengajak saya untuk sama - sama berhibur di puncak gunung Jerai bersama rakan-rakan MTB/Rb yang merupakan orang-orang lama dalam arena berbasikal ini.
Saya berasa sungguh berbesar hati kerana pada hari ini saya berpeluang menuju ke puncak Gunung Jerai buat kali yang ke tiga bersama rakan - rakan semua.
SOLO RIDE PI SEMPADAN THAILAND
Tajuk: Kayuhan solo Dari Pintu Rumah ke Kangar ke Batu 2 ke Balai Baru Ke Titi Tinggi Ke Wang Klian Turun Ke Padang Besaq ke Kubang Tiga ke Balai Baru ke Kangar dan kembali ke Pintu Rumah Di Kampung Nesam.
Jarak: 100 km campok campok
VIDEO DOWNHILL WANG ANGIN LEVEL 2
Ini lah hasil nya, saya telah upload kat You Tube (search - Wang angin wa don, kalau nak search la), sama sama lah kita layan Video Downhill saya di Wang Angin Level 2 ini menggunakan kaedah tambat telepon dengan dawai di handle bar :-)
KAYUHAN CUBA JERSEY TRM
Pertama sekali, dipanjangkan syukur kehadrat Allah kerana dengan izinnya dapat jugak kami bersatu hati, bersepakat untuk mengadakan Jersey Team untuk semua ahli TRM Cycling Club. Kami sedar bahawa kami hanya mampu sekadar merancang dan hanya Allah yang berkuasa menyatukan hati hati kami untuk bersetuju dengan bentuk dan rekabentuk jersey TRM pertama semenjak TRM ditubuhkan pada tahun 2004.
Kelihatan dalam gambar di atas Zankx, Dik Man dan Long Mie tersenyum mesra .....
WANG ANGIN LA NI
Pada hari ni (Jumaat 04-12-09) kami bertiga dari TRM, iaitu Saya, Suhazi dan Haji Shuib membuat kayuhan keadaan jalan Di Level 2 dan Level 3, Wang angin. Berikut adalah beberapa laporan dan pemerhatian yang sempat kami rakamkan....sila layan...
Level 2, yang merupakan level pendakian turut mengalami kerosakan yang teruk akibat dihakisi oleh aliran air. Pendakian perlu dilakukan secara berhati-hati kerana ada sesetengah tempat, air telah membelah jalan menjadi lopak air yang sangat dalam. Pendakian akan menjadi lebih teruk lagi kalau keadaan jalan ini basah. Namun ptg ni jalan ni agak kering dan pendakian agak senang sedikit.
Setelah kami sampai di Dangau Sempadan dan Setelah kami berehat di Dangau Sempadan Malaysia - Thailand, kami mengambil keputusan untuk meninjau keadaan Level 3 setelah dihakisi oleh air semasa musim hujan ni. Kami pun bergerak dari Dangau sempadan dan turun ke level 3.
Sampai tang ni, anda tidak digalakkan menaiki tungangan anda kerana lopak dalam di sebelah kanan Haji Shuib dan Suhazi tu amat dalam dan merbahaya. Lopak di sini sebelum musim hujan ni tak wujud lagi. Kewujudan lopak ini memerlukan anda turun dengan amat berhati-hati, kami mengambil keputusan untuk menolak turun basikal kami kerana hari ini kami membuat tinjauan trek level 3 ini sahaja secara umum.
Kami masih meneruskan perjalan turun melalui level 3 ini. Jalan yang dulunya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan 4 roda, kini hanya boleh dilalui oleh kenderaan beroda dua sahaja kerana kerosakan yang teruk akibat dihakis oleh aliran air.
Perhatikan batu setongkol di hadapan Suhazi tu, kami dok pikir macamana ketui batu sebesak tu ditolak oleh air hingga boleh ianya berada di tengah jalan. Di sebelah kiri jalan pulak, kalau diperhatikan ada pulak anak sungai kecil yang sangat laju aliran airnya.KAYUHAN RAMAH TAMAH KE WANG KLIAN
Tarikh: 29 -11-2009
Masa : 6.50 am - 11.30 am
Route: Rumah - Pdg. Katong - Beseri - Wang Klian - Guar Jentik - Rumah.
Format: Mtb/Rigid Bike on road.
Pagi ni kami bertiga (saya, Dik Man dan Ngah Dan) memulakan perjalanan ke Wang Klian seawal 6.50 pagi. Setibanya kami dekat Bukit Temiang, Tayar Ngah Dan Pancit. Semasa dlm urusan tukaq tayar, lalu Cikgu Fikri menuju laluan yang sama. Kami pun ajak Cikgu Fikri Join sekali. Jadi perjalanan kami ke Wang Klian hari ini adalah 4 org termasuk cikgu Fikri.
Sesampai di Wang Kliam maka kami terjumpa ramai lagi Bikers iaitu :-
(1). Cikgu Lamin Dan Cikgu Madi Daripada Beseri Bikers.
(2). Cikgu Wan, Cikgu Badrul (Pak Long), Ust Wan Daripada Batu 16 MTB.
(3). Jonz daripada http://gengtgrup.blogspot.com/
Makna kata kalu hari Sabtu atau hari Ahad, pakat-pakat mai la kerabat Wang Klian, mesti jumpa kekawan kita semua. Tak ramai pun sorang dua mesti ada punya....
Kanan sekali Cikgu Fikri, Cikgu Wan dan Pak Long Bad.
Jonz Daripada http://gengtgrup.blogspot.com/Hari ini Jonz telah memperturunkan satu lagi ilmu kayuhan iaitu, apabila downhill, rantai mesti boh kat Chain Ring yang besak sekali walaupun masa downhill kita tak kayuh, alasannya bila kita jatuh masa downhill (kalau la/mintak mintak tak mau jatuh la) gigi chain ring tu tak tikam betih atau kaki kita. Terima kasih Jonz.





